Ada satu doa yang pendek tetapi sangat besar manfaatnya sekiranya diamalkan dalam kehidupan seharian kita. Doa yang dimaksudkan seperti sabda Rasulullah s.a.w. seperti berikut;
Rasulullah s.a.w. mengajarkan
kepada umatnya satu doa yang jika dibaca tiga kali di waktu pagi dan
tiga kali di waktu petang maka akan terhindarlah kepada yang membacanya
daripada segala kemudaratan disepanjang hari tersebut. Doa daripada
hadis di atas adalah seperti berikut;
Mengikut kamus Dewan Bahasa Edisi Ketiga, ”Mudarat” membawa maksud seperti berikut;
1. Tidak Beruntung, Menanggung Rugi
2. Tidak Berhasil, Tidak Berjaya, Gagal
3. Berbahaya
4. Melarat, Bertambah Payah
2. Tidak Berhasil, Tidak Berjaya, Gagal
3. Berbahaya
4. Melarat, Bertambah Payah
Dengan itu jika kita amalkan doa yang
tersebut di atas, insya’Allah kita akan terhindar daripada ”mudarat”
yang disebutkan. Maka dengan itu faedahnya yang diperolehi ialah kita
akan;
1. Beruntung, Tidak Menanggung Rugi.
2. Berhasil, Berjaya dan Tidak Gagal.
3. Selamat dari bahaya.
4. Tidak melarat, Menjadi Senang.
2. Berhasil, Berjaya dan Tidak Gagal.
3. Selamat dari bahaya.
4. Tidak melarat, Menjadi Senang.
Keberuntungan beramal dengan doa ini
Terhindar Daripada Bahaya
Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din menamakan doa
ini sebagai ”Ayat Pengerak” kerana dengan membaca doa ini boleh
mengerakkan hati kita untuk meneruskan atau tidak bila hendak melakukan
sesuatu kerja-kerja yang berbahaya. Tuan Guru memberikan petua bagaimana
untuk beramal dengan doa ini seperti berikut;
• Bila hendak memulakan perjalanan samaada
perjalanan yang dekat ataupun jauh, mengembara ke tempat yang telah
biasa ataupun yang belum pernah dikunjungi dan sebagainya atau untuk
memulakan sesuatu pekerjaan yang mungkin biasa atau berisiko seperti
masuk hutan untuk berburu, memancing, menyembelih binatang, bekerja di
tempat pembinaan, dan seumpamanya, maka sebelum itu bacalah doa ini
sebanyak tujuh kali. Insya’Allah, Allah s.w.t akan melindungi kita
daripada segala bentuk kemudaratan, kejahatan dan bahaya yang mungkin
ada di sekeliling kita.
• Jika bacaan tersekat-sekat atau terlupa
atau ketika sedang membaca ada gangguan seperti gangguan telepon
berdering, gangguan daripada anak-anak, gangguan daripada rakan-rakan
yang menyapa dan sebagainya yang menyebabkan kosentrasi bacaan
terganggu, maka berehatlah dahulu. Jangan diteruskan perjalanan atau
pekerjaan tersebut. Setelah berehat beberapa ketika, baca sekali lagi
sehingga tujuh kali bacaan. Jika sekiranya bacaan tujuh kali itu lancar
baru teruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Jika diteruskan juga
perjalanan atau pekerjaan sedangkan bacaannya tidak lancar, mengikut
pengalaman Tuan Guru, kita boleh terkena dengan kemudaratan yang mungkin
ada dihadapan kita.
Perlu diingatkan disini bahawa, insya’Allah
kita boleh terlepas daripada kemudaratan yang dinamakan Qada’ Muaalaq
iaitu ketentuan Allah yang boleh berubah dengan kita berusaha melalui
berdoa kepada-Nya. Bagaimanapun jika ianya Qada’ Mubram iaitu ketentuan
Allah yang tidak boleh berubah seperti mati maka kalau ajal telah tiba
kita membaca doa ini seribu kali sekali pun pasti kita akan mati.
Terhindar Daripada Kemudaratan Makanan
Makanan dan minuman yang masuk ketubuh
badan kita sebahagiannya mengandungi bahan kimia yang beracun. Racun
tersebut tidak memberi kesan untuk jangkamasa pendek tetapi terbukti
sebahagiannya memudaratkan tubuh badan untuk jangkamasa panjang.
Penyakit yang begitu sinonim dewasa ini dalam masyarakat kita seperti
kanser, diabetes, dan sebagainya adalah berpunca daripada makanan dan
juga minuman. Untuk mengelakkan makanan yang kita makan membawa mudarat
kepada tubuh badan adalah disarankan agar mengamalkan doa ini
sekurang-kurangnya tiga kali sebelum menjamah apa sahaja makanan dan
minuman. Insya’Allah dengan keberkatan membaca doa ini semua makanan dan
minuman yang halal, yang dimakan dan diminum tidak memudaratkan tubuh
badan kita.
Terhindar Daripada Sihir
Perbuatan belajar dan mengamalkan ilmu
sihir hukumnya adalah syirik dan mereka yang syirik akan mendapat
balasan laknat Allah s.w.t. dan mereka akan ditempatkan di dalam neraka
selama-lamanya melainkan jika sempat bertaubat sebelum mati.
Kesan perbuatan sihir boleh terkena kepada
sesiapa sahaja dengan izin Allah s.w.t. Ada sihir untuk tujuan
kecantikan seperti memakai susuk dan kebanyakan amalan sihir adalah
untuk tujuan khianat yang boleh memudaratkan seseorang dan sesetengahnya
boleh membawa maut. Ada perbuatan sihir yang sememangnya ditujukan
kepada seseorang kerana dorongan hasad dengki, dan ada juga yang terkena
sihir dengan tidak disengajakan seperti secara tidak sengaja termakan
makanan dan minuman yang mengandungi santau.
Pengalaman penulis berhenti makan dengan
seorang sahabat di sebuah gerai makan. Gerai tersebut terletak di tepi
jalanraya. Ketika hendak menjamah makanan, tiba-tiba pinggan kaca yang
berisi nasi terbelah dua. Dalam peristiwa yang lain, sahabat penulis itu
menceritakan dia pernah minum di sebuah restoran dimana gelas
ditangannya pecah sebelum sempat sampai ke mulutnya. Kedua-dua kejadian
ini berlaku kerana makanan dan minuman tersebut ada mengandungi sihir
santau. Dia terhindar daripada mudarat sihir dengan berkat beramal
dengan doa ini setiap kali sebelum menjamah makanan dan minuman.
Dalam hal yang lain pula, ada juga sihir
digunakan untuk tujuan melariskan jualan makanan. Unsur-unsur bahan
sihir tertentu dimasukkan ke dalam makanan yang menyebabkan sesiapa yang
menjamah makanan tersebut akan merasakan masakan tersebut sungguh
sedap. Dengan mengamalkan doa ini insyaAllah kita hanya akan merasa yg
asal tanpa dipengaruhi faktor lain.
Terhindar Daripada Gangguan Makhluk Halus
Apabila kita pergi ke sesuatu tempat yang
pada kebiasaannya tempat tersebut makhluk halus berkeliaran atau tinggal
seperti di tepi tasek, di dalam hutan, di bangunan yang telah lama di
tinggalkan dan sebagainya, maka kita terdedah kepada gangguan makhluk
ini. Namun begitu jika kita beramal dengan doa ini insya’Allah mereka
tidak berjaya untuk mengusik, manakut-nakutkan dan memudaratkan kita.
Satu perkara yang penting juga, apabila
kita pulang ke rumah dari tempat yang disebutkan di atas, kadang kala
makhluk itu akan mengekori kita dan masuk ke dalam rumah kita tanpa kita
sedari. Jika kita mempunyai anak-anak kecil mereka mudah diganggu oleh
makhluk ini, akibatnya anak kecil kita menangis tidak henti-henti. Untuk
mengelakkan mereka masuk ke rumah kita, bacalah doa ini tiga kali
kemudian ludah ke sebelah kiri sebelum kita masuk ke dalam rumah.
Di dalam hadis yang tersebut di atas,
Rasulullah s.a.w. mengajarkan supaya membaca doa ini tiga kali, dengan
itu mungkin kurang berkesan jika kita membacanya kurang daripada tiga.
Semoga artikel pendek ini memberi manfaat kepada yang membaca dan mengamalkannya, insya'Allah
darussyifa.org.